Sunday, October 9, 2011
X Tahu Rasa Apa Sekarang Nie...=(
Banyak benda yang i ngobek2 ari ni...menginsafkan...wuuu
Kita xthu siapa yang masuk syurga..siapa yang masuk neraka..jgn lihat pada luaran sahaja...dan jangan mudah kita menghukum.....
teringat kat tv al-Hijrah...
Dikisahkan ketika semua manusia berada di padang Mahsyar...
Semua Nabi hanya fikirkan tentang diri mereka kecuali Nabi kita Muhammad SAW...hanya fikirkan tentang ummatnya...
Setelah ditimbang amal sekalian manusia...masuklah sebahagian dari ummatnya ke dalam syurga...
Dengan rasa rendah hati Nabi SAW merayu kepada Allah..."ya Allah,masukkanlah mereka ke dalam syurga jika ada di dalam hati mereka rasa cinta kepada Allah dan Rasul walaupun sedikit.."
maka,Allah masukkan sebahagian dari mereka ke dalam syurga..
Dengan rasa rendah hati lagi Nabi SAW merayu kepada Allah..."ya Allah masukkanlah mereka ke dalam syurga jika ada di dalam hati mereka rasa cinta kepada mu ya Allah..walaupun tiada rasa cinta mereka kepada ku.."
maka, Allah masukkan sebahagian dari mereka ke dalam syurga...
Sekali lagi Nabi SAW bertemu dengan Allah..dan merayu..."ya Allah, masukkanlah mereka ke dalam syurga walaupun iman mereka hanya sebesar biji sawi..."
maka,Allah memasukkan sebahagian lagi...dan masih ada yang tertinggal dari ummat Muhammad SAW...
Nabi memohon lagi kepada Allah..."ya Allah, masukkanlah mereka ke dalam syurga walaupun iman mereka hanya sebesar zarah...."
Dan Allah masukkan sebahagian lagi dari mereka...Begitu besar pengorbanan dan kasih-sayang Rasulullah SAW kepada kita..Rahmat Allah yang tiada taranya...sedang kita selalu melakukan maksiat..Dia sentiasa ada untuk menerima taubat kita yang hina ini..subhanallah....
Semua manusia di dunia ini tidak pernah tidak berbuat silap dan dosa..ketika mizan Allah menghitung dosa dan pahala,yang berat pahala itulah bakal merasa Jannahnya...bukan yang tiada dosa...
Jangan mudah menilai dan menghukum orang kerana tiada manusia yang sempurna.=)
wallahualam..
Subscribe to:
Comments (Atom)