Saturday, April 14, 2012

Bekalan Ibu Ayah

Allah..tiba2 rasa terharu walaupun da banyak kali mak duk bagi bekal sebelum ke USIM.. Bekalnya penuh dengan doa..penuh dengan harapan..penuh dengan azimat.. 

Malam ni bertolak ke USIM insyaAllah..Setiap kali nak balik ke USIM mood ni jadi berubah.. nak duk dekat dengan orang yang kita sangat2 sayang..Mak dan Abah.. 

Walaupun sekadar bersalaman, sungguh dapat ku rasa satu hati yang berat untuk melepaskanku pergi.. Matanya berkaca..ingin aku berada di sisi.. Namun, kerana sayangnya dia kepadaku, dia melepaskan.. Dengan harapan, ilmuku nanti bisa menjadikan orang di sekeliling aku menyayangi dan mendampingi ku.. Supaya orang tidak melarikan diri padaku dek kerana ilmuku yang sedikit...

Bekal yang diberi penuh erti agar aku tidak menyiakan umur yang ada.. Dan mendapat keputusan yang baik. Semua itu bukan untuknya..namun, untukku..

Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka..ampuni mereka, permudahkan segala urusan mereka.. Lapangkan dada mereka di saat kesempitan dan kesulitan..Jagalah mereka.. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil..amin..


No comments:

Post a Comment

Followers