Tuesday, July 31, 2012

Jangan bilang bersedia kalau belum bersedia..

"Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya"

"Nanti saya fikir.." walaupun dalam waktu exam waktu tu, cuba struggle nak fikir...Dan bila tanya beberapa pendapat,.."Saya setuju"..

Kritikan diterima..ada yang meluahkan dia masih suka kepada dia..Namun, terpaksa memujuk bahawa dia dah jadi milik orang itu..

Selama dua tahun dia bersabar dengan banyak ragam manusia yang tidak suka kepada hubungan itu..

Tahun demi tahun, boring tu muncul..mula nampak gadis lain..xsuka itu, xsuka ini..semua yang dibuat jadi xkena..

"Saya suka gadis tu..xmacam awak..kasar.." "Saya banyak kerja la..awak xpernah nak faham" "Saya jadi macam ni sebab awak jugak" "Mungkin saya xmatang waktu tu.."

Setelah lama bersabar, mengalah, mendiamkan diri..lantas perempuan itu bersuara..

"Kalau xnak kat saya, awak boleh lepaskan saya.."

Lelaki itu berfikir sendiri..mula mengingatkan kebaikan perempuan itu..dan lantas berlegar2 memori yang indah di fikiran..dan dia berkata..

"Saya keliru.."

Perempuan itu memaafkannya..dan mereka berbaik..tetapi keesokannya masih begitu..apa yang di dalam fikirannya hanya perempuan itu yang sering berada di hadapannya..cinta jarak jauh menjadikan dia seolah menyesal mengenali perempuan yang pertama dahulu dari perempuan sekelasnya yang jauh lebih matang dan cantik serta sopan santun..

Seolah bermain tarik tali yang tiada kesudahannya..

Jangan bazirkan mahar yang akan diberikan kepada orang yang kita xsuka..tapi beri kat orang yang kita yakin dia mampu hidup susah senang dengan kita..pilih yang terbaik..

Dan jangan mainkan hati perempuan kerana ia sangat halus..sekali kita mengatakan suka, jangan mudah melihat perempuan lain dan tinggalkan dia tergapai-gapai dan tidak tahu statusnya...

Sabarlah dengan karenahnya.. kerana dia juga sedang mencari seorang lelaki yang mampu bersabar dengan kelemahannya dan bukan mengungkit2, perli-memerli..kerana dia sangat sensitif kepada orang yang dia sayang..Jangan hancurkan hati dia..kerana apa yang dia buat adalah untuk menyedarkan kamu ketika kamu marah.. 

Kerana ia dapat melatihmu dan menjadi seorang yang mampu bersabar tika anak menangis meminta susu...menolongnya membasuh baju, memasak ketika dia sibuk..menggosok pakaian tika dia penat... pre-marriage is the important time to know each other well..bukan saling tunding-menunding selepas kahwin... 

-----------------------

Setakat ini motivasi kahwin untuk hari ni..haha


Saturday, July 28, 2012

Kontroversi

Aku ni mmg suka wat kontroversi eh? haha 

Ke orang yang buat aku jadi kontroversi? kui2.... Kadang2 orang xfaham apa yang ak maksudkan..tapi dia gi translate and manipulate benda lain..tula susah pemikiran yang complicated sangat..

Bila kita cakap "saya xsuka bau durian"..dia cakap,"durian tu halal, ade ke patut cakap macam tu"

Susaaaah2....

Kadang2 bila kita cakap berkias, dia faham yang direct plak...bila kita cakap direct, dia ingat kita duk berkias...

Kalau la gni, lain kali kena cakap.."saya sedang bercakap direct" ataupun.."saya sedang berkias ni."

Tapi lau cakap gtu, terasa pulak kan??

Aku pun xthu kenapa aku tulis post cam ni..haha xthu nak tuju kat sape..tapi tolongla jangan duk timbul kontroversi sangat..kadang2 benda remeh-temeh pun, dia pi putar 180 darjah..

Bila dah tersilap manipulate barulah tersengih2, menyorok2..malu tersilap...huh!

Yang pasti konklusinya, jangan ingat kita je betul... jangan duk putar sangat la..takut korang sendiri yang pening dengan putaran yang korang buat2 tu...

Tuesday, July 24, 2012

Zikir...

Sedang kita puas mencari-cari kepuasan diri, kehendak diri,hiburkan diri,tengok penulisan orang,..dengar2 nasyid, (Maher zain,etc) lagu2, tengok movie, tengok cerita korea, dan ntah pape lagi..cuma untuk kepuasan diri,.Setelah puas mencari keseronokan diri, rupa2nya zikirlah penenang minda dan mendapat kepuasan diri yang optimum...

Dan itulah FITRAH...

Bila kita beristighfar, hati kita seolah menangisi apa yang kita telah buat di dunia ini..dan bukan setakat menangis, tetapi ia seolah memberi harapan yang Allah ADA menunggu Taubat kita..

Astaghfirullahal'azim...

Paling hebat zikir ni, bila kita berzikir, rasa smooth je apa yang nak dibuat..kadang2 benda yang kita xsedar, contoh: cawan nak terjatuh..sebut je zikir: "la haula wala quwwata illa billah"..mesti xjatuh cawan tu..bila kita duk beramal, dengan xsengaja benda tu akan terkeluar..jadi, kena sentiasa practice..biar jadi tabiat..

Dan bila kita nak angkat berat2, kita sebut : bismillah...insyaAllah jadi ringan dan xrasa pun benda tu susah..tapi bukan la bermaksud nak angkat katil sorang2 pastu baca bismillah, boleh angkat satu jari je..bukanla..contoh kalau nak angkat meja study ke, kerusi ke,,jadi mudah nak angkat...

Setiap malam amalkan la baca 100x bismillah..insyaAllah..doa remeh-temeh pun termakbul..insyaAllah..

Rasa nak makan nasi beriani lah pulak..kadang2 terlintas gtu je...tengok2 esok, atau lusa atau dalam waktu terdekat, mesti ade orang jual ke, orang bagi ke...ha, hebat kan zikir ni?

Cuma kita je malas..banyak alasan...padahal kalau duk saje2 camni sempat je berzikir..tgk2 dah seratus da..

Dan kalau kita sebut : InsyaAllah..insyaAllah, Allah wat pringat balik kita apa yang kita lupa..kalau kita xsebut, nanti syaitan akan wat kita lupa benda yang kita janji nak buat tu...So, setiap kali berjanji, kita kena sebut, Insyallah...jadi macam reminder gtu..

Jom berzikir=))




Monday, July 23, 2012

Sayang awak.

Hmm...jap nak amik mood..

==========================


Cner ek nak start? Bila orang bercakap soal muslimah, mesti akan rasa sebak..Sangat sedih bila tengok kawan2 sekolah rendah, ade sorang dua yang xpakai tudung..update gambar dlm FB..hampir setahun lebih kot aku ambil masa..aku tengok je FB dia..tiap kali buka FB mcm benda wajib gtu buka FB dia..I love them very much! 

Dulu masa kat sekolah, salah seorang darinya..(nama dirahsiakan) adalah sorang sahabat yang boleh dikatakan rapat ngn aku..Sepanjang 1 tahun lebih aku buka FB dia, selama tula aku menangis bila fikirkan dirinya dan diriku yang lemah untuk menegur...Ya Allah, beri aku kekuatan dan tidak rasa malu untuk tegurnya..tapi aku lemah..aku hanya mampu doakan dia..dan tengok FB dia je tiap2 ari..

Masa K-fiqh ari tu, aku share mslh kwn aku ni ngn sorang akak, consultant kat situ..*memalukan! menangis cam budak depan dia..haha aku jadi minat nak dengar crita dia sbb dia cakap dulu dia free-hair..aku pun cam nak tahula cner dia boleh berubah..sbb aku nak try kat kwn aku tu..tiba2 dia tnya balik, nape tnya sal tu...dia suruh aku crita..teruslaa berlinang air mata ni..masa tu kat Johor..kat Sutera Mall...tengah mood sedih tengok pakaian orang cina kat situ, (cam korea sume padahal masih kat Malaysia)dan sedih sbb xde orang melayu pun kat Mall tu..yang ade tukang beli je..tu pun sorang dua...berbalik pada crirta tadi, xsempat nak nangis puas2 kak ngah aku datang dari beli barang..

Malam tu akak tu tanya lagi..dan dia tanya, nape aku nangis teresak2 sampai gini kalau dia tak penting buat aku? dia tu sape senanya? Ya Allah..dia sahabat aku...aku anggap sume sahabat aku macam adek-beradik..siapa xsedih tengok adik sendiri xpakai tudung?? Aku menangis lagi...Akak tu pun terkejut aku xpernah tegur kawan aku tu.sekadar tengok FB je.selama setahun lebih aku pendam... Aku pun xthu kenapa aku xmampu nak tegur...Maafkan aku...

Lepas balik dari Johor, aku kumpul kekuatan..kekuatan tuk berbaik dengan dia...nak luahkan perasaan aku..nak cakap aku sayaang sangat kat dia..aku nak masuk syurga sama2 ngan dia...

Alhamdulillah..ada skali tu dia post gambar dia pakai tudung...aku hepi sangat...pastu aku mulakan dengan puji dia pakai tudung..aku cakap, " masyaAllah, u look perfectly beautiful with hijab.<3 u always.." aku xharap dia balas..tapi aku harap dia baca dan dia tahu aku sayang dia kerana Allah..dan dia like!

Ya Allah, sangat2 terharu, bila esok tu aku buka tuk tgk profile dia cam biasa, dia dah letak DP dia pakai tudung! sape xsuka?? hepii...tapi aku xberharap 100%..aku akan cuba lagi..aku fikir, ubah DP dah tolong dia banyak senanya..DP lagi mudah tersebar..sume org ley tgk walaupun kecik je gambanya,,tapi DP tu la orang nak kenal kita..kalau gambar yang kat dalam tu, slagi xfren, slagi tu xnampak gambar kan..

Dan selang dua hari ke 3 hari, aku hantar kat wall dia..
If a pair of lovers love each other, I'll love you more than that.. ♥

Because u just like a sibling for me.. and because of Islam we meet..

♥ u always...
Dan dia "like"..ya Allah, hepii...tu maknanya dia baca...! Mungkin dia busy kott.xsempat nak eply ke ape ke..seorang nurse kan..huhu...

Pastu semalam aku hantar video kat atas tu dalam inbox FB dia..aku tahu dia akan dengar...walaupun tidak hari ni, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan...aku xkisah...asalkan dia sudi dengar..=))

Kalau boleh tiap2 hari nak hantar something kat dia..tapi aku hold diri aku..aku takut dia boring ngn aku.. takut nanti kena remove...

Ada sorang lagi kawan yang free-hair..dia xapprove aku sampai ke hari ni...sangat2 sedih..pastu tahu2 dia berkasih ngn penolong kelas aku dulu..adui..(aku la ketua kelasnya.kui3)..penolong tu budak Falahiah..tapi tulaa..aku hanya boleh doa agar bdk Falahiah tu, akan tegur dia xlama lagi...

Aku tahu Allah xubah sekarang kerana nak aku banyak2 lagi berdoa...InsyaAllah..bulan Ramadhan ni, kena doa banyak2 sikit..doa mudah makbul..hehe

Terima kasih ya Allah..kerana bagi nikmat ni..wlupun setahun lebih aku menangis, Engkau berikan kebahagian pada hari ni..Dan hari ni aku boleh tersenyum dan bersemangat untuk tolong kawan aku tu..

Mohon doanya...





Wednesday, July 11, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah Dan Volunteer..

Start mula2nya penglibatan k-fiqh ni, aku ikut kak ngah aku ke pejabat k-fiqh sdn.bhd. Saje2 ikut dan aku dah jangka akan ada la yang pass2 jawatan kat aku..Dan seperti yang dijangka, ada org suruh aku jadi AJK Dewan sbb xcukup orang..alamak..aku ni malas senanya jadik volunteer..ntahlah kenapa malas sangat..huhu Dulu pernah sekali jadi volunteer kutip derma untuk Palestin..Lepas tu, xjadik da..

Nak jadi volunteer ni satu benda yang sangat susah..kita buat benda hanya mengharap kebaikan dari Allah..

Banyak benda yang terkorban..Masa dan Waktu terutamanya..waktu orang sedang berehat di pagi hari, kita membanting tulang empat kerat yang masih mamai2 lagi..

Tanpa wang sara hidup, Tanpa mengharapkan apa-apa kecuali Allah..

Itulah VOLUNTEER..

Ramai yang bertanya kat aku..dan nak menjadi volunteer..tapi aku takut mereka bersa susah..dan niat ikhlas tu lari..malah sekerat jalan..mahu menarik diri dan sebagainya..

Adat manusia memungkiri janji..

Hanya orang yang betul-betul kuat dan ikhlas yang mampu bertahan menjadi Volunteer..=)

Aku sangat2 respect dengan mereka yang jadi volunteer skali hari tu..

Bila ditanya, nak jadi volunteer lagi x?

Mereka jawab,"Kalau diberi peluang insyaAllah akan join lagi"

Allahuakbar..merekalah sumber kekuatanku untuk meneruskan lagi urusan sebagai volunteer..pada 15 September 2012 nanti..insyaAllah..=)

Prinsip.

Aku senanya seorang yang lemah jati diri dan mudah cenderung ke arah keburukan..Namun, dengan adanya prinsip diri, aku jadi lebih kuat dan lebih bersemangat..

Aku paksa diri aku untuk ikut prinsip-prinsip ni..

1) Tidak reply msj selepas pukul 12 malam kecuali perempuan dan orang tertentu.
2) Tidak msj guru-guru sebelum pukul 7 dan selepas pukul 10 malam
3) Membaca dan menghafal Quran setiap hari. Jika terdesak, murajaah di mulut sahaja
4) Memakai pakaian yang tidak busuk dan selesa.
5) Menjimatkan masa. Tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk buat sesuatu
6) Memuliakan orang-orang tua dan kurang upaya
7) Cuba ikhlaskan niat ketika membuat sesuatu
8) Tidak meniru dan bagi tiru di dalam exam.
9) Meminta maaf dengan segera dalam hari yang sama.


Satu je prinsip yang negetif sket..huhu iaitu Balas balik apa yang orang buat kat aku..haha kalau orang cubit aku, aku cubit dia balik..kalau orang marah aku, aku marah balik..


Sungguh, aku jadi makin kuat bila ada prinsip2 kat atas ni..seolah2 undang2 untuk diri sendiri..huhuu

Lucu.

Lucu...Lucu dan Lucu..

Semalam ke USIM..untuk melihat Debat Nusantara iaitu antara sekolah-sekolah menengah agama di Nusantara termasuk Malaysia..Iaitu antara KISAS dan AL-JUNED..

Aku terjumpa teman-teman lama sekelas dengan ku dulu..mereka berborak riang..terpamer di muka mereka riak rindu meraih aku.cewaah.sangat seronok bila kawan merai kita begitu kan? huhu

Seterusnya kami ke tempat mengambil makanan..sangat excited bila teman yang ku anggap rapat menjadi AJK Makanan..huhu tapi mereka sedikit pun tak berpaling dan senyum2 ringan saja..sangat2 terkilan..betul2 frust bila dilayan gitu..aduh! sakitnya!

Buat2 xthu je aku wujud kat situ..xtanya khabar, xmesra..malah pandang cam aku ada buat salah..

Betullah orang cakap..jangan terlalu mengharap..nanti kita yang sakit..sampai ati ek buat gtu..

Rasa tersinggung sangat...hmmm...xpela..malas nak layan..mungkin dia sibuk duk urus makanan ke ape kan.. Dorg cakap makanan selalu je basi..Sebab amik dari Kajang..jauh kott tempah makanan..

Pastu, tengok2 abang ipar aku jadi YDP debat tu..

Lepas sudah tu, aku duk kat luar dewan kuliah pusat usim..pastu ternampak kawan aku tu..dia lambai kat aku..dengan perasaan yang masih tersinggung, aku lambai acuh tak acuh je.Pastu pandang kat tempat lain...malas nak tunjuk kita rindu sangat2 dia..yang xtahannya, orang laki plak tegur dan perasan kenapa aku ada kat situ..

Usshhh sadis betul..

Nak buat cane..korang dak Law an..

Takpe2...

Followers