Tuesday, July 31, 2012

Jangan bilang bersedia kalau belum bersedia..

"Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya"

"Nanti saya fikir.." walaupun dalam waktu exam waktu tu, cuba struggle nak fikir...Dan bila tanya beberapa pendapat,.."Saya setuju"..

Kritikan diterima..ada yang meluahkan dia masih suka kepada dia..Namun, terpaksa memujuk bahawa dia dah jadi milik orang itu..

Selama dua tahun dia bersabar dengan banyak ragam manusia yang tidak suka kepada hubungan itu..

Tahun demi tahun, boring tu muncul..mula nampak gadis lain..xsuka itu, xsuka ini..semua yang dibuat jadi xkena..

"Saya suka gadis tu..xmacam awak..kasar.." "Saya banyak kerja la..awak xpernah nak faham" "Saya jadi macam ni sebab awak jugak" "Mungkin saya xmatang waktu tu.."

Setelah lama bersabar, mengalah, mendiamkan diri..lantas perempuan itu bersuara..

"Kalau xnak kat saya, awak boleh lepaskan saya.."

Lelaki itu berfikir sendiri..mula mengingatkan kebaikan perempuan itu..dan lantas berlegar2 memori yang indah di fikiran..dan dia berkata..

"Saya keliru.."

Perempuan itu memaafkannya..dan mereka berbaik..tetapi keesokannya masih begitu..apa yang di dalam fikirannya hanya perempuan itu yang sering berada di hadapannya..cinta jarak jauh menjadikan dia seolah menyesal mengenali perempuan yang pertama dahulu dari perempuan sekelasnya yang jauh lebih matang dan cantik serta sopan santun..

Seolah bermain tarik tali yang tiada kesudahannya..

Jangan bazirkan mahar yang akan diberikan kepada orang yang kita xsuka..tapi beri kat orang yang kita yakin dia mampu hidup susah senang dengan kita..pilih yang terbaik..

Dan jangan mainkan hati perempuan kerana ia sangat halus..sekali kita mengatakan suka, jangan mudah melihat perempuan lain dan tinggalkan dia tergapai-gapai dan tidak tahu statusnya...

Sabarlah dengan karenahnya.. kerana dia juga sedang mencari seorang lelaki yang mampu bersabar dengan kelemahannya dan bukan mengungkit2, perli-memerli..kerana dia sangat sensitif kepada orang yang dia sayang..Jangan hancurkan hati dia..kerana apa yang dia buat adalah untuk menyedarkan kamu ketika kamu marah.. 

Kerana ia dapat melatihmu dan menjadi seorang yang mampu bersabar tika anak menangis meminta susu...menolongnya membasuh baju, memasak ketika dia sibuk..menggosok pakaian tika dia penat... pre-marriage is the important time to know each other well..bukan saling tunding-menunding selepas kahwin... 

-----------------------

Setakat ini motivasi kahwin untuk hari ni..haha


No comments:

Post a Comment

Followers