Wednesday, August 1, 2012

Cerpen..

Tiba-tiba dia terasa seolah gempa bumi sedang berlaku.."ya Allah, apakah ini?" Dia melihat kawannya ditepi..tersenyum..seolah tiada apa yang berlaku..

"Awak ada rasa apa-apa tak tadi?".."Tak pun" ..kawannya menjawab dengan selamba..

Sudah beberapa kali berlaku kepada dirinya sehinggakan dia sudah terbiasa..Kebiasaannya, apabila dia hendak terjatuh, dia berhentikan langkahnya..supaya tiada orang tahu yang dia sedang pening seorang diri.seperti biasa, orang lain melakukan aktiviti masing-masing yang dia ingatkan sedang belaku gempa..

Namun kehidupannya seperti orang biasa..cuma sejak dua menjak ini matanya melihat dengan kurang tepat..Dia ingin mengambil pen yang dia rasa boleh dicapai..tetapi tersasar sedikit dari tangannya..Dia cuba mengambil pen tersebut kali kedua..Dan berjaya..

Hari-hari yang dilalui, kepalanya bertambah sakit.. Setiap tekanan yang dilontarkan kepadanya akan mengerapkan kesakitannya..Namun dia cuba untuk berkata.."Saya tak apa-apa" "Saya tahu jaga diri saya" "insyaAllah saya akan buat"

Semakin hari lupanya bertambah teruk..perkara penting sangatlah susah untuk dia mengingati..Namun dia cuba mengambil inisiatif untuk membeli papan tanda yang boleh dia ingati perkara-perkara penting dengan setiap saat dia melihat dan menghafalnya.."Saya boleh jadi macam orang lain.."  "Saya tak lupa"

Di dalam kelas dia sangat susah untuk menyembunyikannya..sewaktu presentation, dia mula lupa apa yang ingin dia sampaikan..sehinggakan kawan-kawannya tergelak kerana apa yang telah dituturnya tiada kaitan dengan yang baru diunggap..

Dia membuka laman web tentang "Petanda awal Barah Otak"..

Apakah gejala barah otak?
  • Sakit kepala yang teruk terutama di sebelah pagi berbanding tengah hari.
  • Sakit kepala berterusan diikuti loya dan muntah
  • Pandangan kabur
  • Sering lupa
  • Epilepsi (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri)
  • Gangguan percakapan
  • Kesukaran menggerakkan kaki dan tangan
  • Gangguan ingatan atau perubahan personaliti
  • Kerap diserang sakit kepala
Dia menangis..tiada keruan..Dia memberitahu ibu tentang simptom2 yang dihadapinya..dan ibunya menyejukkan hatinya.."InsyaAllah tidak ada pape"

Dia kuatkan semangat..semoga doa seorang ibu termakbul..

Semakin hari sakitnya berulang..dan sakit di bahagian bawah kepala sangat memeritkan..sampaikan bahunya lenguh memikul beban kepalanya..

"Apakah ini betul-betul barah?"

------------------------------

Sedap ke cerita ni? haha

No comments:

Post a Comment

Followers