Thursday, August 2, 2012

Aku ingin menjadi seorang bidadari..

Besar betul cita-cita aku kan? hehe Tapi xmustahil..kalau skrang ni kalau orang tanya,"Cita-cita awak ape?" Kalau boleh nak menjerit.."Saya nak jadi bidadari Syurga!"

Layakkah?

Soalan ini memberi semangat yang baru setiap kali ia menerjah..

"insyaAllah.." 

Kadang-kadang merenung diri yang tak berapa baik ni,,ya Allah..hanya aku dan Engkau yang tahu apa aku buat, apa yang aku tengok, apa yang aku fikirkan, apa yang aku sentuh, ke mana kaki ku melangkah, bagaimana niat ku di setiap saat setiap kali salah satu anggota ini bergerak..dalam setiap detik tu, rasanya majority duk buat dosa je..ya Allah...

Aku ingin menjadi bidadari dunia yang mampu terbang jauh dari kemaksiatan yang melalaikan..

Allah buktikan kepadaku, tunjuk kepadaku, anak muda yang sedang leka mencari kepuasan cinta..tiada malu..tiada segan..Disamping itu, Allah memberiku kekuatan..

Seolah Dia berkata kepadaku, "Berubahlah kepada yang lebih baik..kerana Aku ada bersamamu..walaupun semua manusia memandang hina kepadamu.Kerana aku menjanjikan syurga yang kekal abadi..sedang si dia hanya menjanjikan syurga dunia yang sementara"
______________________________

Bidadari dunia = Bidadari syurga..

Bidadari dunia yang tidak pernah disentuh seperti bidadari syurga yang tidak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum pintu syurga dimasuki oleh orang beriman..Mata hitam bundarnya pekat kehitam-hitaman dan yang putih keputih-putihan dijanjikan Allah kepada seorang lelaki yang beriman..

-----------------------
Kenapa aku perlu takut?? Takut tidak laku,..Takut xde orang nak..Takut itu Takut ini...

Sedangkan Allah dah janji perempuan yang beriman akan jadi bidadari..dan Lelaki beriman dapat bidadari..tapi seolah aku tidak percaya hal itu..KITA xpercaya..ramai yang gadaikan badan semata-mata untuk kekasih hati..nak bukti kuatnya ikatan cinta..,c'mon laaa.wake up!!!..lama2 boring la tu...

Sangat gerun dengan lelaki..apa yang kita xnampak, dia nampak..Kita duk bersolek sakannn nak suh org laki tengok..pakai lipstik pi kelas..pakai contact lens yang warna-warni..kenapa? nak suruh orang lelaki tengok..."Eh, saya ikhlas la pakai macam ni..xde maksud nak mengorat okey??" Kalau xde maksud pape tolong jalan tepi-tepi sikit..mata tu, tunduk..jangan bagi sape2 tengok..ni mata meliar duk cari mana yang tersangkut..

Orang lelaki yang alim ni dia tak tengokla pompuan yang pakai lipstik tebal2..dia pun malu nak tengok...ada hati nak ngorat laki alim...dia tengok yang xpakai make-up..original beauty..

Orang lelaki mata keranjang je yang nak tengok itu nak tengok ini..macam ni ke nak buat suami?? Kalau masa bercinta duk meliar, lepas kawen agak2 nye meliar jugak tak?? melilau2 jadinya tengok gadisssss2 yang jauh lebih lawa dari u.....last2 u merana suami tinggal p dgn pompuan lain..sbb dah jemu...

Sebab tulah kena cari dan pilih orang yang ada agama..Sangat2 respect bila orang lelaki tanya.." Boleh nak minta nombor telefon ayah atau mak?" "Kenapa?" "Nak minta izin nak berkawan"..Fuh! untung sape dapat laki gtu..permulaan pun dah macho..

I suka gaya orang Johor..orang lelaki dia, memang kelass la..kebanyakannyalaa..bertanggungjawab...boleh buat suami orang kata..tapi Johor jauh sangat ngn kelantan, So,, nak wat cne an..tapi lau dah jodoh xke mana..idak ye?

Orang kelantan ramai jugak yang baik dan bertanggungjawab..i can't deny it..tapi banyak yang malas..haha

Jadi, Jom pakat2 jadi bidadari dunia dan pastinya BIDADARI SYURGA.dan jangan bimbang, lelaki beriman kat dalam Syurga tu sume bertanggungjawab, hensem, dan semuanya menepati pakej2 yang ada kat dunia ni..malah lebih lagi dari tu..cuma kat sini..YAKIN je..^^


Mohon doanya^^ InsyaAllah.amiiinn...






No comments:

Post a Comment

Followers