Lepas balik je meeting xthu nak rasa apa..rasa kelabu je pandangan..dalam hati, "Betul ke ni?.."Betul ke ni?".."Aku pegi meeting ari ni bukan nak kesudahan macam nie".."Kenapa aku xreti back-up diri?"
Ya Allah..masihkah ada orang yang memahami aku selain Engkau yang Maha Penyayang? Kepala mula berdenyut2..aku xthu apa aku rasa..sedih ke? stress ke? keliru..last skali aku pilih sedih..
Tidur ditemani air mata..
Aku bangun dari tidur tu, termenung..fikiran melayang ke program2 yang perlu aku komited..USIM, Luar USIM..pelajaran..sesak nafas ku...mak aku masuk bilik tadi masa aku bangun, aku tengok dia..mengharapkan pengertian..dan dia juga memiliki masalah dia yang tersendiri..aku xmahu membebani dia...
"Aku mesti luahkan" "Aku mesti luahh..Kalau tidak, boleh gila menanggung sedih ini"
Aku berniat menulis blog ni selepas solat asarku...
Solat asar dengan tangisan..Aku xmampu ya Allah..terlalu berat amanah ini..Kasihani aku..
Aku pujuk diri.."Terima Aida..Kau bantu orang, insyaAllah Allah bantu kamu.." "ITQAN tu masih baru, perlukan orang yang ada asas ITQAN yang boleh jadi asas yang kukuh..Nanti kau akan tersenyum melihat ITQAN itu hasil penat lelah mu dahulu menjadi satu Alumni yang terhebat..""Orang percayakan mu, memberi jawatan bukan suatu yang mudah.."
"InsyaAllah..sama2 doa. Untuk semua tu, kejarlah Allah. Dia yang memberi ketenangan, Dia jualah yang beri kekuatan dalam setiap ujian-Nya..Ingat Allah selalu.." msj dari seorang teman...
Ya Allah jadikanlah aku seorang yang pandai menguruskan masa..jauhilah aku dari menjadikan aku seorang yang lemah..kuatkanlah diri ku..kuatkan jiwa ku..sungguh tiada pergantungan yang mampu aku bergantung hanya kepada Mu..Kerana Engkau tetap dengan zat-Mu sedangkan manusia pergi silih berganti..
Semoga ini menjadi modal untukku bertemu dengan Mu nanti..InsyaAllah..
Dengan ujian ini, Engkau refresh kan balik cinta ku kepada Mu..Allah....
No comments:
Post a Comment