Ak rasa jgk la nak tgk cerita tu..pastu..dengan tujuan nak tgk biar update sikit hal2 semasa ni..pastu ak tgk yang ada dorg dah buat.."Kontroversi dalam Innocent of Muslim"
Masa tgk tu..xde pape la rasanya..ak dah agak cerita yang dorg akan bikin.. useless.. meaningless, cheapness... serius..betul2 filem yang murah..contoh filem murah adalah tiada moral dan banyak ntah pape..yang xpatut, dorg campak dalam filem dorg..
Bukan stakat crita tu murah, pelakon2 pun murah..murah muka, murah pedoman, muraahhhh!
Lepas je tutup u-tube tu, tiba2 sebak..
Tiba-tiba hati jadi xtentu arah (dengan hampir accident nya tadi..trauma xabis lagi)...geram..dan sedih..
Kita sebagai orang Islam ni...menunggu dengan penuh cinta untuk bertemu Rasulullah...Tapi mereka pijak cinta dan kasih kita..mereka main2kan orang yang kita paling sayang..Meraka cabar kita..mereka hina kita..
Tetapi, kerana Nabi S.A.W tidak pernah mengajar kita berdendam, bertindak kejam, membunuh mereka..Malahan, mesti Rasulullah akan berkata,"Biarkan mereka, mungkin suatu hari nanti walaupun mereka tidak beriman, mungkin anak cucu cicit mereka yang beriman.."
Ya Rasulullah...Engkau lah permata hatiku..dikau bersabar..walaupun dibaling batu sehingga patah gigimu ketika perang thaif..dan kata-kata mu itu membuatkan kami makin kuat..
Jika lah aku berada di tempatmu, ak pasti mengeluh, dan berkata.."Aku sudah lelah dengan dunia ini.Mengajak mereka dengan penuh kelembutan, tetapi mereka membalas aku dengan kekasaran" Sungguh aku tidak mampu duhai kekasih Allah..Namun Engkau tetap dengan Islam yang engkau bawa.
Ya Allah peliharalah Nabi kami SAW..Kami amat menyintai dia..Biarpun kami tidak pernah bertemu di dunia, sesungguhnya kami yakin dan pasti kami akan dipertemukan di syurga-Mu..amin ya Rabb..
No comments:
Post a Comment