Monday, November 19, 2012

Aku bangga menjadi seorang MUSLIM..

Masa kecik2 dlu..ak pernah terfikir..."Untungla org2 kafir, dapat buat ape yang dorg nak..lau Islam ni, itu xboleh, ini xboleh.." Aku fikir sorang2 la...xgtau sape2 pun...huhu suka berfikir kann...

Aku xnampak keindahan Islam..(pada masa tu la)..Rasa cam Islam ni hanyalah LARANGAN...semua benda xboleh buat..

Seorang bdk kecik, akal masih mentah ketika itu...pernah berfikir sedemikian...

Tapi Alhamdulillah...Allah beri aku nikmat Islam...nikmat merindui Allah dan Rasul-Nya..nikmat menanti pertemuan dengan Allah...Nikmat itu hanya orang Islam sahaja yang boleh merasainya..

"Beruntunglah aku menjadi seorang Islam!!" Ketika sedih, ada pengubatnya...

Dulu bila orang cakap, Allah yang bagi kesenangan dan kepayahan..xrasa pape..ye, mmg fakta pun kan...Tapi bila baca ayat Allah...yang mengatakan.."Dialah yang menyembuhkan hamba-Nya, dan Dia juga yang memudharatkan hamba-Nya.." Allahu Akbar! Allahu Akbar! Tiada kata yang boleh dibandingkan dengannya dengan sesuatu yang lain...

Betul! Allah itu yang memberikan kita kelapangan dan jiwa yang sempit, itu kerana Dia sayang dan kerana Dia pencipta kita...

Jika kekasih kita, memarahi kita, kadang2 kita merajuk dan kadang2 kita berasa gembira sangat2 apabila dipuji dan dijanji macam2...Walau sakit setara mana pun, kekasih itulah yang kita dambakan..

Allah itu kekasih sebenar kita..Malah lebih dari itu...Dia sedang merindui kita..Dia yang selalu menyayangi kita...Dia memerhatikan kita...Dia merindui tangisan cinta yang mengalir untuk-Nya...

Hmm...sebaknya...Kalau lah diberi pilihan bila ingin berjumpa..aku akan pilih untuk terus berjumpa dengan-Nya..kerana aku tahu, Dia sedang merinduiku...

Kalau boleh ingin kurayu..."Ya Tuhan..aku xsanggup lagi menahan cinta-Mu..Tolonglah terima daku..."

Jika dulu aku berasa kerugian menjadi seorang Muslim..Sekarang, aku sangat2 bangga..Jalam ini jalan yang sebenar2 jalan yang benar.!...Jika kita ragu, maka rugilah kita...rugila seisi dunia...rugilah rugilah!

Saturday, November 17, 2012

Dia yang cakap gitu, dia yang remove aku..kih2

Xpela,, org xfaham ape yang aku nak cakap..hehe redho je la..

Yang peliknya, npela aku xrase pape..sbb aku dah tahu apa yang akan direspon oleh pengkomen.."Awk teruk! Awk ni Islam ke? Gambar Palestin pun xboleh??"

Thats what i guess..

Mungkin mereka xbelajar lebih luas tentang hak si mati...hehe aku saje je nak test kemarahan org..betul, fikiran masih tidak rational...dan Malaysia masih ramai manusia yang sentiasa negetive dgn pemikirannya..

"Engkau ape tahu? Aku ni tua pada kau.."

So what? kih2...."Aku belajar Fiqh Fatwa." haa

Xdela..ape yang terfikir, itu hak kita untuk melontarkan...apa yang kita rasa xelok, itu hak kita...Jika gitar itu ada yang suka, ada yang xsuka, begitu juga aku, Terimalah secara positive..^^

Kih2...xterasa langsung...sbb aku dah tahu...bukannya sal akidah pun nak gaduh kann....

hihi..gelak je aku tgk dorg komen...setiap orang ada pendapat masing2..biarlah mereka..^^

Friday, November 16, 2012

Palestine.

Berhenti seketika tuk tgk news feed kat FB..SEdih tgk anak2 palestin kena bom..kadang2 aku nak merayu..jangan post benda2 gtu..mereka bukan tontonan....

Mereka bukan minta simpati, janganla amik gambar gtu..mmgla benda tu boleh meraih simpati, tetapi apa gunanya, kalau orang yang post itu sendiri xpernah sekali pun rajin menadah tangan untuk mereka dan xpernah pun menyumbang...

Kalau kita la...suka ke orang post gambar kita kalau kita dah mati?..kalaulah kita ni banyak dosa, orang akan kutuk kita, walaupun di dalam hati....Orang akan ingat keburukan kita..Kalaulah pemilik gambar itu tidak redho dengan gambar yang kita post kan..bagaimana? itu merampas hak si mati..

Tolongla...jangan post sal ni...xkesian ke kita...mereka pun xnak mati dalam keadaan yang menyedihkan tu..

Itu mereka yang bakal menjadi ahli2 firdausi..tapi cuba bayangkan..KITA...KITA..KITA....mati eksiden..tercabut kepala...ada orang amik gambar kita...ada yang tergelak2 tgk kita tercabut kepala...xke rasa sedih? Ingat kita nak ke mati macam tu? dahla kena gelak kat ahli dunia, di akhirat??

Allahu...Sekadar kata-kata sudah cukup untuk menerangkan isu palestine...Orang sudah maklum dengan kejahatan ISREAL...bila sebut "nak derma palestin ni"...ramai yang akan derma...

Doa itu senjata dan parang buat ummat Islam.!

Friday, November 9, 2012

Nasihat mak...

Tadi tepom mak..mengadu k mak ckp i byk sgt keje...suh tolong doakann...cm biase laaaa....anak ni kena la mintak restu dan berkat mak..doa mak berkat taww....Allah makbul terus....Bila aku cakap je belajar atau sem ni susah..dia akan cakap.."Belajar sumo susah..nama lagi belajar...Nati kijo susoh jugak, sumo susah kat dunia ni.." Walaupun dia ulang benda yang sama setiap kali tepom(sebab keluhan yang sama oleh anaknya), xpuas dengar...tepom sbb mak aku selalu laa buat aku tergelak di saat stress dan jiwa meruncingkan...

Pastu aku cakap la aku ni rajin pulak poyi jadi raisah..hmm...walaupun banyak keje..dia cakap, "Bagusla wat benda2 gtu...daripada duk online je..otak kita xberkembang.." hak2....tahan nak gelak...Memang aku suka la sgt online..kadang2 xonline pun, tgk cerita...tapi depan laptop kan,, mak2 kita ni dia ingat kita duk online la..kadang2 dengar lagu je..xonline..tapi dia cakap kita online..




Bila luah perasaan sal "lelaki" ni, mak aku akan cakap, "Biase la muda2 ni, ramai orang suka..xpyh layan sangat la..wat xthu je..orang lelaki ni, kalau kita wat ego lebih2 dia akan buat macam2 sampai kita nak kat dia..wat biase2 je.." aku pun menyakat.."Mak pun gtu jugak ke?haha"..Aku tahu mak aku pun ramai peminat dulu2..haha saje jeee nak usik mak...

 Pastukannn..kalau duk umah, biasee la kalau salah faham tu...terasa ati ke....contohnye.dia pesan benda sama...kadang2 stress..ataupun sebab dia selalu suruh kita macam2...senanya kan...apa yang aku fikir sorg2 la..mak ni, kadang2 dia nak merapatkan ukhuwah ngn kita..nak kita rapat ngn dia..walaupun dah macam robot dah buat keje..bila siap yang tu, eh yang tuu plak kena buat...biase la tu...dan kadang2 dia suruh kita supaya kita ni pandai berdikari bila dia xde nanti...ade skali tu mak aku ajar basuh pedal, hati ayam sume..dia cakap..."Benda ni kena belajarla..malu mak nanti kalu xpandai.benda basic ni."...haha anak dia ni xsuka makan pedal, jadi wat2 xthu je masa dia ajar..kui333333.....ajar siang ikan dulu pun cakap macam tu..bila hancur ikan dibuat oleh aku, mak aku cakap.."Xpe..belajar..buat je...lama2 pandai la..."

Sekarang ni oke sikit kot siang..hahaha..aku ni pembersih senanya...kalau ayam tu, nak betul2 bersih..sebab tu lama kalau aku buat keje2 dapur ni...kalau aku nak masak atau buat kek, aku kena sedia bahan2 sume (macam seorang chef)..baru masak..sebab aku potong syur pun lambat..nak buka penutup sos pun lambat jgk...haha jadi kena belagak macam chef...adui...

Walaupun sesedap mana masakan kedai, masakan mak jugak duk teringat2...yum3.

Tuesday, November 6, 2012

Pengenalan dan Gambaran..haha


Kesian hana...hehe ni salah seorang budak Hadhanah..Nama dia Hana..umur baru 4 tahun dah datang sekolah..
Tengok hana tdo, teringat masa kecik2 dulu, aku ni tumpang kat sekolah abah aku umur 6 tahun. naik kereta tu, aku tidur je kat belakang.bila dah sampai sekolah Tumpat, abah aku kejut..jauh weh skolah tu..haha bagi aku yang kecik time tu la..hehe..


Hari tu aku ade la belajar melukis ngn sep2 gengku ni..mana retiiii..haha tengok lukisan aku kat bawah.Esok ade lagi..best jgk la sbb aku ni bersemangatkan nak lukis..haha walaupun ntah pape lukis..




Haha..gelak guling2 aku tengok lukisan2 ni...


-------------------------------------------------------------


Ni masa nak hujan.depan kolej kawan...

-----------------------------------------------------------------

Ni tangga yang aku terserempak ngn kawan aku tu..tinggi kannn...sebab tu lemah je mendaki..haha

-----------------------------------------------------------------

 Ni tiket g wonderland..yang bestttt tuu..^^


-----------------------------------------------------

Ni buku yang aku beli kat kedai satu Malaysia..murah weh..haha ce tgk harga kat bawah..
 

RM24.00 harga asal, semenanjung. Harga buku : RM20.40
 
Sape xnak beli? huhuhu.. Ni dikarang oleh Ustaz Amal..yang penasyid tuu..hehe
 
 
 
Bai. 





Monday, November 5, 2012

Wanita..

Indahnya dikau wanita..
Senyumanmu mampu menambat jiwa yang luka,
Tangisanmu mampu memberhentikan kehidupan..
Kemarahanmu bisa mendiamkan hati yang angkuh..

--------------

Maaflah sajak xbpe nak menjadik..haha dah lama xbersajak kann...

Kahwin setakat 4, Mahar, Talak sampai 3 kali je, Nafkah dll,...Semua ini adalah untuk yang bernama WANITA...

 Hebatkan wanita?? huhu..kenapa kawen 4? xke naye wanita? ermm..kalau nak ikut naluri perempuan saya la..saya pun xsanggup...hehe tapi..cuba bayang..sebelum Islam datang, lelaki sangat2 memperlekehkan wanita..ada yang kawen sampai seratus..dan ada yang xtalaq2...xbagi nafkah...

Mulianya Islam..kerana Islam itu fitrah..dan berpaksikan realiti..

Talaq 3 adalah amaran dari Allah bahawa, wanita bukan mainan...Bukan boleh dimain-mainkan.. Bila dah talaq 3, si bekas suami tu, jangan nak gatai nak rujuk balik...kerana wanita muslim itu mahal harganya..

Hargailah..dan jangan menyesal selepas terkeluar talaq 3..

Orang lelaki ni, masa dia dapat, dia kurang menghargai..tapi bila dah hilang, barulah menyesal.."rugi i cerai u.."

Ohh,, tidak2..i pun dah xnk u..pegi2...haha

Saturday, November 3, 2012

Bunga bukan sekuntum..kumbang bukan seekor..

Cewah..tajuk xleh blah..haa

Kalau orang dah xsudi, jangan sedih jangan bimbang, ramai lagi yang sedia menanti..haha (gelak aku pantun tah pape)

Sebenarnya, banyak benda yang aku nak taip..tapi bila masuk create a new post, habes hilang nak letak apa..haha

Berpuitis la malam ni..

Hidupnya Merbah bersuara nyaring,
Hidupnya manusia suka membanding..


---------------------

Tadi pegi kat Melaka Wonderful Water Park..best...nak luruh jantung men slide..

Sangat2lah gayat..tapi tetap naik tangga tunggu turn dengan semangat berkobar-kobar nak main..haha

Gila tinggi..takut..macam2 dalam fikiran ni duk pikir..

"Eh, xjatuh ke ni??" "Eh kang terbabas sampai ke luar landasan gelonsor..."

Sekali yang juh jaga slide tu lepas..." Tak nak naik dahh....!"

haha...aku pejam je mata..buka2..pening kepala...gilerk arh...

Pastu aku terfikir..canela orang bunuh diri eh? berani jugak dorg ni..hebatt..

terjun tanpa pelampung!

cari nahas ye....kalau xpecah kepala, ade le pecah jalan kat bawah bangunan tu...

Nauzubillah la kan...

Haha yang pasti..besssttt..cuma xde la sebest Bukit Merah kat perak..masa tu form 3 xsilap..aku gelak sejak masuk sampai kuar..best giler....haha

Bagus jugak main benda2 ni..boleh buat kita lagi confident kottttt...haha self-confident..haha

Sal status fb aku tu, ak terfikir jgk la (sempat lagi berfikir masa hampir2 nak terjun slide tu) orang yang nak bunuh diri ni xpatut nak bunuh diri..sebab ramai orang nak yang ada soft skill macam tu..kalau aku jadi majikan aku nak org mcm tu..haha

Nasihat aku, xpayah la bunuh diri..ramai dan banyak lagi orang sayang...orang perihatin...bunuh diri bukan lepas masalah pun..tak masuk syurga lagiee...xke naye duk solat saban hari..tapi pengakhiran sure2 di neraka...

Nauzubillah...mohon lindungan-Nya. amin

Followers