Monday, November 19, 2012

Aku bangga menjadi seorang MUSLIM..

Masa kecik2 dlu..ak pernah terfikir..."Untungla org2 kafir, dapat buat ape yang dorg nak..lau Islam ni, itu xboleh, ini xboleh.." Aku fikir sorang2 la...xgtau sape2 pun...huhu suka berfikir kann...

Aku xnampak keindahan Islam..(pada masa tu la)..Rasa cam Islam ni hanyalah LARANGAN...semua benda xboleh buat..

Seorang bdk kecik, akal masih mentah ketika itu...pernah berfikir sedemikian...

Tapi Alhamdulillah...Allah beri aku nikmat Islam...nikmat merindui Allah dan Rasul-Nya..nikmat menanti pertemuan dengan Allah...Nikmat itu hanya orang Islam sahaja yang boleh merasainya..

"Beruntunglah aku menjadi seorang Islam!!" Ketika sedih, ada pengubatnya...

Dulu bila orang cakap, Allah yang bagi kesenangan dan kepayahan..xrasa pape..ye, mmg fakta pun kan...Tapi bila baca ayat Allah...yang mengatakan.."Dialah yang menyembuhkan hamba-Nya, dan Dia juga yang memudharatkan hamba-Nya.." Allahu Akbar! Allahu Akbar! Tiada kata yang boleh dibandingkan dengannya dengan sesuatu yang lain...

Betul! Allah itu yang memberikan kita kelapangan dan jiwa yang sempit, itu kerana Dia sayang dan kerana Dia pencipta kita...

Jika kekasih kita, memarahi kita, kadang2 kita merajuk dan kadang2 kita berasa gembira sangat2 apabila dipuji dan dijanji macam2...Walau sakit setara mana pun, kekasih itulah yang kita dambakan..

Allah itu kekasih sebenar kita..Malah lebih dari itu...Dia sedang merindui kita..Dia yang selalu menyayangi kita...Dia memerhatikan kita...Dia merindui tangisan cinta yang mengalir untuk-Nya...

Hmm...sebaknya...Kalau lah diberi pilihan bila ingin berjumpa..aku akan pilih untuk terus berjumpa dengan-Nya..kerana aku tahu, Dia sedang merinduiku...

Kalau boleh ingin kurayu..."Ya Tuhan..aku xsanggup lagi menahan cinta-Mu..Tolonglah terima daku..."

Jika dulu aku berasa kerugian menjadi seorang Muslim..Sekarang, aku sangat2 bangga..Jalam ini jalan yang sebenar2 jalan yang benar.!...Jika kita ragu, maka rugilah kita...rugila seisi dunia...rugilah rugilah!

No comments:

Post a Comment

Followers