Thursday, February 7, 2013

Kekuatan

Aku ni sebenarnya mencari2 kekuatan..rasa lemah, layu, longlai saja hidup ni..

--------------------

Tika daku terasa lemah..Dikau janjikan daku Taman Firdausi.
Tika daku terasa dunia ini janggal bagiku.. Dikau kurniakan Surat Cinta yang penuh dengan kalam yang menggamit jiwa.
Dikau Tuhanku, Dikau Kekasihku..sungguh. Hiba. Aku insan yang penuh dosa menghadap memohon keampunan.

-------------------

Apa yang aku mahu, kau sediakan..
Apa yang aku tidak mahu, kau jauhkan..
Apa yang tidak ku duga, kau tenangkan..
Apa yang terduga, kau menjadikan ia amat bermakna..

-------------------

Tuhan..beginikah nikmat kemanisan iman?
Begini seronok kah? Begini bermaknakah?

-------------------

Nikmat iman dan Islam nikmat yang paling hebat bagi yang merasainya..

-------------------

Tangisan cinta dan takut itu selari rasanya..
Menghirup udara terasa nyaman malah mahu mengira satu persatu udara yang disedut..
Mahu mengira satu persatu kelipan mata ini..
Nikmat apa yang masih kamu dustai?

------------------

Tuhan..ku rindukan bau syurga-Mu..bau bidadari syurga-Mu..bau manusia yang dijanjikan syurga...

Aku tidak ingin lagi bertanya..Adakah mampu aku merasainya? Tetapi akan berusaha ke arah itu.

Ya Tuhan..bantulah aku..lihatkanlah kepadaku bahawa kecilnya dunia..

Dan betapa besarnya rahmat dan kasih-Mu.

Aku Merindui-Mu. Aku Mencintai-Mu..pegang eratlah cintaku..


No comments:

Post a Comment

Followers