Friday, June 21, 2013

Allah tahu.

Bismillah.

Allah tahu.
Allah tahu kita berada di zaman mana.
Allah tahu kita sudah cuba sedaya upaya.
Allah tahu kita setakat mana daya kita.
Allah tahu. Ya, Allah tahu.

----------------------

Jangan sedih kalau terbuat maksiat.. sebab masih ada waktu untuk kita bertaubat.
Jangan sedih kalau terasa diri hina, sebab masih sempat untuk kita tersedar dari lena.

-----------------------

Kita dengki orang lahir dengan didikan agama Islam. Tapi kita tidak pernah mencari Islam itu apa.
Kita lahir dengan Islam tapi kita tidak tahu Islam ni apa.
Kita mengajak orang masuk Islam. Tapi kita sendiri kurang arif tentang Islam.

Bagaimana?

Bagaimana ingin ku cari untuk arif Islam?

Begini.. apa yang terdaya kamu buat selagi ia tidak berlawanan dengan syariat.

Selagi ia baik, selagi itu elok dibuat.. jangan tidak buat langsung. Solat jangan tinggal. Istighfar jangan lupa sayang.. :)

Benda kecil2..nampak senang nak buat tapi sebenarnya payah jika tidak biasa..

Biasakan lah.. lama2 ia akan jadi darah daging dan bila xbuat..aduh xsedap ati...! huhu lama2 insyaAllah kita berjaya menjadi seorang mukmin..amiin..

Nak berubah bukan sejam..tapi bertahun2 masa yang diambil..kita bagi ruang kepada diri kita..suruh dia fikir sendiri mana baik mana buruk. Pilihan tu ada pada tangan kita sendiri...

-----------------

Zaman ini zaman penuh dugaan..
Palestin diceroboh lagi.
Syiah berleluasa.
Kafir tidak henti-henti menyerang lahiri dan batini.
Syaitan memperindahkan lagi duniawi.

Sungguh..zaman ini bukan zaman yang MUDAH!

Allah tahu. :)


No comments:

Post a Comment

Followers