Kisah pertama, sahabat baik saya, abang dan kakak ipar dia accident 2 minggu lepas.. kami staff mahkamah pergi ke rumah dia untuk meraikan kenduri kakak kandung dia.. keesokannya, saya diberitahu abang dan kakak ipar dia accident ketika pulang ke temerloh untuk kerja.. bayangkan.. lepas kenduri tiba2 jadi benda macam ni.. sangat sedih.. Aku mahu menangis.. aku mahu menangis lagi. Aku benci melihat orang menangis. Aku berhenti. Aku berazam. Aku tak mau menangis biar aku terlalu mahu menangis bersamanya. Anak sedaranya, meninggal dunia di tempat kejadian, dan kakak iparnya meninggal semalam akibat tertusuk tulang rusuk ke paru-paru.. Ya Tuhan...
Kisah kedua, saya baru mendapat berita yang ustaz saya semasa di berangan dahulu, menghidap kanser. sangat sedih. satu persatu musibah berlaku di sekeliling aku..
Allahu rabbi, sungguh mereka insan terpilih.. Kadang-kadang aku mengharap ujian dariNya. Namun aku takut aku tidak mampu. Aku minta untuk dijauhkan ujian. Aku sedikit cemburu sebenarnya. Aku mahu jadi insan yang terpilih seperti mereka. Namun, aku bersyukur kembali Allah tidak menguji aku dengan musibah yang sebegini.
Allahu rabbi. Dia Maha Agung.
Kisah ketiga, MH370.. Aku sangat berharap mereka semua selamat... Tidak dapat bayangkan bagaimana jika aku ditempat mereka.. Allah.. Allah ...Allah.... Juga Darurat di Mesir yang mencemaskan naluri ku..
Allahu Rabbi.. Jaga lah mereka dan kami semua. Amin..
No comments:
Post a Comment