Friday, May 9, 2014

Diri yang dulu..diri yang sekarang..

Apabila aku melihat diri aku yang dulu, aku menangis..bnyak benda yang sedih... kena marah,kcewa..sedih.. dan sangat2 sedih.. Ia datang lagi lagi dan lagi..

Bila tgk apa yang org lain buat, teringat apa yang aku pernah buat.. Aku rasa mahu ditutup telinga..dan mata.. jangan berlaku depan aku.. tapi ia tetap datang... Aku jarang menangis lama2..tapi kali ni, dia datang berangkai..lepas satu, satu lepas satu, satu cerita dahulu tentang aku.. Aku rasa makin lemah..

Dan kata-kata dari seorang ustazah kepada aku "Sepatutnya kita ni, masa Allah uji, kita makin dekat dengan Dia, bukan makin menjauh.." masa aku hampir2 nak keluar sekolah menengah dlu, sebab tak tahan dengan kesalahan yang aku buat sendri.. Masa tu rasa nak quit dari belajar, taknak jumpa orang yang kenal aku..atau kalau boleh aku nak mati haritu jgk... sedih bila kawan sendri pandang aku ni macam penjahat..masih ingat jelingan mata itu.. sebab aku, dia kena denda..dan dia juga pernah marah aku sebab tegur dlm fb sal stokin.. aku tak tegur dia, tapi dia terasa.. masa tu mmg aku nak post sal stokin..tiba2 bila dia tak pakai stokin, aku baru teringat.. dia mesej aku dengan marah-marah, dia taknak angkat telefon aku.. sangat sedih.. Tapi sebab aku ni mudah pelupa, dia datang depan aku.. Aku tak ingat langsung apa yang dia buat.. aku suka dia.. aku sayang dia.. dan dialah bestfriend aku.. gelak yang teramat bila jumpa.. tapi kenapa memori dulu datang lagi.... TT

Masa ustazah bagitahu aku, sal tu, aku rasa sangat disayangi..aku rasa kesalahan aku tu kecil aje.. aku rasa ada orang masih berharap dengan aku.. sebab tu,aku habiskan juga pengajian aku di sekolah tu.. aku pun tak sangka aku dapat grad di sekolah tu..mungkin itu yang terbaik buat aku,,

Berhentilah....aku mahu delete hapus buang memori dulu... memori yang sedih..banyak benda yang sedih,,, tak mahu diingat!! TT

Monday, April 14, 2014

Keep smiling.

Tersentak bila baca komen dari seseorang yang ku kenal, tapi takdelah kenal sgt. "mmg aku rase ramai la pompuan bdk mts makin jd andartu. Sbb sume bajet sgt. Nk yg terbaik la konon2. Last2 alone" berderau darah ni..kih3

Asal bukan dengan kamu.. haha Jodoh ni di tangan Allah. Dan bagi aku ia adalah hadiah dari Allah ketika kita dah bersedia. Kahwin tanpa belajar macam mana nak jadi seorang isteri atau suami, memang jenis kebanyakan. Tapi yang belajar sebelum hidup berumah tangga tu, limited edition tau..


Setiap orang ada masalah masing2 dalam isu ni.. dan aku, tersangatlah enjoy dengan masalah ni kih3.. bahagia.. uhuu... serius.. sangat bahagia.. sebab ujian ni, dari Allah.. Allah sayang aku, Allah ingat aku.. sebab tu dia uji..untuk hapus dosa2 aku...


Lambat kawen pun, penghapus dosa juga taw..

Wednesday, April 2, 2014

Sebak.

Jika mahu menitis air mata, pasti akulah juara nya. Tapi, aku perlu kuat dan kuat supaya orang sekelilingku kuat, kuat dan lebih kuat!.. Aku sayang kalian yang berada di sekelilingku. Biar aku jauh dan seperti tidak endah, aku menangis dalam diam apa yang kamu rasa. Aku tahu kamu sedih.. Kamu letih..kamu terasa payah dengan dunia. Aku tunjuk aku kuat, aku tunjuk aku tiada perasaan. KERANA Aku mahu kau kuat!

Kisah pertama, sahabat baik saya, abang dan kakak ipar dia accident 2 minggu lepas.. kami staff mahkamah pergi ke rumah dia untuk meraikan kenduri kakak kandung dia.. keesokannya, saya diberitahu abang dan kakak ipar dia accident ketika pulang ke temerloh untuk kerja.. bayangkan.. lepas kenduri tiba2 jadi benda macam ni.. sangat sedih.. Aku mahu menangis.. aku mahu menangis lagi. Aku benci melihat orang menangis. Aku berhenti. Aku berazam. Aku tak mau menangis biar aku terlalu mahu menangis bersamanya. Anak sedaranya, meninggal dunia di tempat kejadian, dan kakak iparnya meninggal semalam akibat tertusuk tulang rusuk ke paru-paru.. Ya Tuhan...

Kisah kedua, saya baru mendapat berita yang ustaz saya semasa di berangan dahulu, menghidap kanser. sangat sedih. satu persatu musibah berlaku di sekeliling aku.. 

Allahu rabbi, sungguh mereka insan terpilih.. Kadang-kadang aku mengharap ujian dariNya. Namun aku takut aku tidak mampu. Aku minta untuk dijauhkan ujian. Aku sedikit cemburu sebenarnya. Aku mahu jadi insan yang terpilih seperti mereka. Namun, aku bersyukur kembali Allah tidak menguji aku dengan musibah yang sebegini. 

Allahu rabbi. Dia Maha Agung.

Kisah ketiga, MH370.. Aku sangat berharap mereka semua selamat... Tidak dapat bayangkan bagaimana jika aku ditempat mereka.. Allah.. Allah ...Allah.... Juga Darurat di Mesir yang mencemaskan naluri ku.. 

Allahu Rabbi.. Jaga lah mereka dan kami semua. Amin..

Thursday, February 6, 2014

Kosong

Xtahu la rasa sedih rasa hepi, rasa apa ni huhu begitulah orang perempuan kann.. dah sifat nye gtu..

Tok mek aku sakit seminggu yang lepas..dia start xsedar diri dan xboleh cakap seminggu yang lepas hari jumaat. sebelum ni dh sakit..tapi masih boleh cakap.. bila aku pegi sebelum dia sakit dan dia dah xingat, aku terus peluk dia..sedih sangat.. dia banyak berkongsi cerita dengan aku..seperti post aku sal nenek2 aku sebelum ni.. dia xtahu baca rumi..dia hanya tahu baca jawi..tapi, dia sangatlah aku sayang..

aku ade jugak tanya dia kenal x aku..dia macam xkenal dan malas nak tengok aku.. kalau pegang tangan dia, dia macam nak lepas je.. sedih.. sebab dia dh xingat aku.. sedihkan..

Bila dia tengok dengan mata kuyu dia, rasa nak nangis..nak undur balik..nak cakap, janganla xingat kak cik... dia pandai urut..selalu dia urut aku kalau aku sakit sebab bersukan..banyak yang dia share.. aku suka..sebab aku faham ape yang dia cakap walaupun kadang2 slow kadang kuat..kadang dia gelak.. orang lain xfaham kenapa dia gelak..tapi aku faham sebab aku suka mengagak apa yang dia cakap..dan bila tanya balik, betul apa yang aku agak tu,.aku xthu nk kata apa2 dh..aku takut...

Tuesday, February 4, 2014

Soal Hati

Ce ce ceii tajuk xleh bla.. haha asal? aku dah 23 oke.. hahahaha

Ya Allah runsing betul orang sekeliling aku ni sal calon suami untuk aku hahaha aku, wat muka seposen haha xthu la, sebab tak nak ke, sebab tak kisah ke, sebab ape haha.. Matilah aku dah 23 nie xde orang lagi.. Tapi aku xdela nak kalut sangat, cuma keadaan tu macam memaksa.. aku ni budak lagi kott kan3? bajet kauu..haha

Sampai jiran nenek aku pun tolong runsing juga.. Semalam duk tanya aku dh ade calon ke tak..nak keneng dengan someone yang dia kenal.. takkan nak cakap "Xsedia lagi" haha siap marah lagi adik aku sebab cakap "Die xde orang nak kak Ra" haha aku pun xthu, nak kate nak, hati kate xnak..nak kate xnak hati kate "Bahaya jual2 mahal sangat ni, nanti jadi anak dara tua" <---ayat kak long aku haha

Last2, aku fikir, dah, kalau dah jodoh<--curi ayat us kasim skit ye.. nak buat macam mana..hik2. Kalau bukan jodoh, insyaAllah ade yang lebih baik kan.. tapi kalau boleh nak la yang tahu sal fiqh2 kan.. kih2 xde la demand sngat kann..sekadar habis kitab al-umm &mukhtasar al-umm je hahahak nak anak seperti imam syafie kannnn...kitab wajib baca dan faham tuu.. :D takkan isteri pula kena ajar kan...hik2.. tapi dah kalau umur aku 30 dah dan xde orang yang nak lagi, xkan nak cari lagi yang boleh baca dan faham kitab tu hahhaha makbul pula doa kakak aku tuu (jadi anak dara tuaaa..) nauzubillah kihkih

Makanya, serahkanlah urusan ini pada ibubapa.. haha takut dikata sombong pula..huhu tapi kalau sekarang ni, boleh lagi la nak berdemand2 tuu kannn hahaha.. bai.

Sunday, December 29, 2013

Lupa..

Dulu aku selalu mengeluh..kenapa la aku ni pelupa sangat..sampai sekarang pun lupa lagi.. kadang2 "eh, aku ade mesej dia ke?" pastu baca banyak kali baru igt.. kadang2 tgk balik mesej apa yang aku hantar.. memang aku pelupa..

Tapi alhamdulillah..lupa aku tu ada hikmah rupanya..bila aku sedih, aku cepat lupa..dan mudah maafkan orang..sbb dah lupa.. ada skali tu, masa tamhidi, aku memang gaduh teruk r ngan laki ni..pastu, tibe2 dia add aku..ak approve jela..pastu tanya kawan aku, sebab aku rasa cm xsdap ati je kan ngn dia ni..mcm pernah ada something je ngan dia..tanya punye tanya barula ingat haha

tapi aku takut jugak..mcm sekarang ni, lupa aku makin teruk.yang aku ingat hanya gosip hahaha.. aku xingat..tapi takut juga la kot2 ade penyakit ke hape kan.. mata aku ni, kadang2 jadi macam gempa bumi..macam yang aku tulis kat bwah ni.. disebabkan lupa aku ni, aku beli whiteboard utk aku ingat..dan beli buku ape tah yang ada calendar sekali tu, dengan tu la aku duk refresh je otak aku..

Pastu, aku ni, selalu lupa nak sebut satu2 benda..macam apa dah tu? ha gtuu... harapla normal..huhu

Saturday, December 28, 2013

Pening

Pening datang lagi. Pening cam gempa bumi. Pastu sedar balik dalam masa 1 saat je pening tu..lepas 1 saat tu, kita akan tanya, "kat mana aku ni?" owh..pastu wat macam biasa..huhu Sebab tak pakai spek kot,,malas sangat nk pakai..serabut. huhu

Kat status fb aku tu, aku xdela nak cakap yang sal budak semalam sebab dia kata dia nak cari ustaz bincang sal akidah tu, yang ak nak cakap dekat budak kelas aku sorg lagi ni..macam dah menular pulak soalan2 sal akidah ni..bukan ke nak exam eh? haha cm xkalut je dorg ni..

Tesis dah 80% siap,,alhamdulillah..

Followers