Friday, June 13, 2014

Perkara paling aku benciiiii

Oke..msej..no hal.. tapi TAK BAGI TAHU NAMA SIAPA.. ingat aku ni kenal sume orang ke..atau kenal setiap cara mesej kerrrr...ingat kamu tu femes ke nak kena teka2...aaaaaa!!!!!!

Geram tol..mungkin tak confiden ngn diri tu yang mungkin tak hensem tuh.. so what?? bagitahu jelah nama... Kalau aku dah start jeling nak marah tu.. aku dah xheran ko perempuan ke laki ke.. rasa cam nak mengamukkkkkkk....grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrkdjsfkjehwhjfekwueuiwe


Monday, June 9, 2014

Bermusafir lagi..

Alhamdulillah..bermusafir lagi di alam mimpi... tempat cantik sangat..subhanallah.. xtahu wujud x kat dunia ni.. macam kat dalam hutan..pastu air dia jernih sangat.. ada sampan.. 

Tak tahulah mimpi ni sebab aku berangan kuat ke ape.. haha mimpi gni tersangatlah best..dapat tenang fikiran pun ada kadang2..hihi..


Saturday, June 7, 2014

Halal...DNA babi...

Apa yang aku belajar sepanjang 4 sem sains makanan dan relate dengan fikah,, DNA babi xperlu kena sertu pun kalau terkena..apa yang kena sertu adalah babi tu tersendiri...

DNA babi ni, mungkin sekarang ADA dekat badan kita..sebabnyaa...DNA kan...DNA ni cepat bergerak..dia macam debu...boleh singgah kat sini, singgah kat situ..DNA ni lagi laaa...kecik lagi dari debu...

Dan babi ni adalah qias aula bagi anjing...kena sertu sebab dia tu lagi teruk dari anjing... jadi, anjing dan babi kena sertu..

Kalau nak buat skill ngelak berat nanang r..sekali DNA babi lalu, ngelak.. skali lalu, ngelak.. haha

Kalau boleh nampak ye juga nak elak2 kan..ni xnampak..huhuuu

Bahaya sebenarnya main benda waswas ni..kalau rasa xyakin. baik tinggal terus... ye dak... mainan setan sume nii.... huhuuuu


Friday, May 9, 2014

Diri yang dulu..diri yang sekarang..

Apabila aku melihat diri aku yang dulu, aku menangis..bnyak benda yang sedih... kena marah,kcewa..sedih.. dan sangat2 sedih.. Ia datang lagi lagi dan lagi..

Bila tgk apa yang org lain buat, teringat apa yang aku pernah buat.. Aku rasa mahu ditutup telinga..dan mata.. jangan berlaku depan aku.. tapi ia tetap datang... Aku jarang menangis lama2..tapi kali ni, dia datang berangkai..lepas satu, satu lepas satu, satu cerita dahulu tentang aku.. Aku rasa makin lemah..

Dan kata-kata dari seorang ustazah kepada aku "Sepatutnya kita ni, masa Allah uji, kita makin dekat dengan Dia, bukan makin menjauh.." masa aku hampir2 nak keluar sekolah menengah dlu, sebab tak tahan dengan kesalahan yang aku buat sendri.. Masa tu rasa nak quit dari belajar, taknak jumpa orang yang kenal aku..atau kalau boleh aku nak mati haritu jgk... sedih bila kawan sendri pandang aku ni macam penjahat..masih ingat jelingan mata itu.. sebab aku, dia kena denda..dan dia juga pernah marah aku sebab tegur dlm fb sal stokin.. aku tak tegur dia, tapi dia terasa.. masa tu mmg aku nak post sal stokin..tiba2 bila dia tak pakai stokin, aku baru teringat.. dia mesej aku dengan marah-marah, dia taknak angkat telefon aku.. sangat sedih.. Tapi sebab aku ni mudah pelupa, dia datang depan aku.. Aku tak ingat langsung apa yang dia buat.. aku suka dia.. aku sayang dia.. dan dialah bestfriend aku.. gelak yang teramat bila jumpa.. tapi kenapa memori dulu datang lagi.... TT

Masa ustazah bagitahu aku, sal tu, aku rasa sangat disayangi..aku rasa kesalahan aku tu kecil aje.. aku rasa ada orang masih berharap dengan aku.. sebab tu,aku habiskan juga pengajian aku di sekolah tu.. aku pun tak sangka aku dapat grad di sekolah tu..mungkin itu yang terbaik buat aku,,

Berhentilah....aku mahu delete hapus buang memori dulu... memori yang sedih..banyak benda yang sedih,,, tak mahu diingat!! TT

Monday, April 14, 2014

Keep smiling.

Tersentak bila baca komen dari seseorang yang ku kenal, tapi takdelah kenal sgt. "mmg aku rase ramai la pompuan bdk mts makin jd andartu. Sbb sume bajet sgt. Nk yg terbaik la konon2. Last2 alone" berderau darah ni..kih3

Asal bukan dengan kamu.. haha Jodoh ni di tangan Allah. Dan bagi aku ia adalah hadiah dari Allah ketika kita dah bersedia. Kahwin tanpa belajar macam mana nak jadi seorang isteri atau suami, memang jenis kebanyakan. Tapi yang belajar sebelum hidup berumah tangga tu, limited edition tau..


Setiap orang ada masalah masing2 dalam isu ni.. dan aku, tersangatlah enjoy dengan masalah ni kih3.. bahagia.. uhuu... serius.. sangat bahagia.. sebab ujian ni, dari Allah.. Allah sayang aku, Allah ingat aku.. sebab tu dia uji..untuk hapus dosa2 aku...


Lambat kawen pun, penghapus dosa juga taw..

Wednesday, April 2, 2014

Sebak.

Jika mahu menitis air mata, pasti akulah juara nya. Tapi, aku perlu kuat dan kuat supaya orang sekelilingku kuat, kuat dan lebih kuat!.. Aku sayang kalian yang berada di sekelilingku. Biar aku jauh dan seperti tidak endah, aku menangis dalam diam apa yang kamu rasa. Aku tahu kamu sedih.. Kamu letih..kamu terasa payah dengan dunia. Aku tunjuk aku kuat, aku tunjuk aku tiada perasaan. KERANA Aku mahu kau kuat!

Kisah pertama, sahabat baik saya, abang dan kakak ipar dia accident 2 minggu lepas.. kami staff mahkamah pergi ke rumah dia untuk meraikan kenduri kakak kandung dia.. keesokannya, saya diberitahu abang dan kakak ipar dia accident ketika pulang ke temerloh untuk kerja.. bayangkan.. lepas kenduri tiba2 jadi benda macam ni.. sangat sedih.. Aku mahu menangis.. aku mahu menangis lagi. Aku benci melihat orang menangis. Aku berhenti. Aku berazam. Aku tak mau menangis biar aku terlalu mahu menangis bersamanya. Anak sedaranya, meninggal dunia di tempat kejadian, dan kakak iparnya meninggal semalam akibat tertusuk tulang rusuk ke paru-paru.. Ya Tuhan...

Kisah kedua, saya baru mendapat berita yang ustaz saya semasa di berangan dahulu, menghidap kanser. sangat sedih. satu persatu musibah berlaku di sekeliling aku.. 

Allahu rabbi, sungguh mereka insan terpilih.. Kadang-kadang aku mengharap ujian dariNya. Namun aku takut aku tidak mampu. Aku minta untuk dijauhkan ujian. Aku sedikit cemburu sebenarnya. Aku mahu jadi insan yang terpilih seperti mereka. Namun, aku bersyukur kembali Allah tidak menguji aku dengan musibah yang sebegini. 

Allahu rabbi. Dia Maha Agung.

Kisah ketiga, MH370.. Aku sangat berharap mereka semua selamat... Tidak dapat bayangkan bagaimana jika aku ditempat mereka.. Allah.. Allah ...Allah.... Juga Darurat di Mesir yang mencemaskan naluri ku.. 

Allahu Rabbi.. Jaga lah mereka dan kami semua. Amin..

Thursday, February 6, 2014

Kosong

Xtahu la rasa sedih rasa hepi, rasa apa ni huhu begitulah orang perempuan kann.. dah sifat nye gtu..

Tok mek aku sakit seminggu yang lepas..dia start xsedar diri dan xboleh cakap seminggu yang lepas hari jumaat. sebelum ni dh sakit..tapi masih boleh cakap.. bila aku pegi sebelum dia sakit dan dia dah xingat, aku terus peluk dia..sedih sangat.. dia banyak berkongsi cerita dengan aku..seperti post aku sal nenek2 aku sebelum ni.. dia xtahu baca rumi..dia hanya tahu baca jawi..tapi, dia sangatlah aku sayang..

aku ade jugak tanya dia kenal x aku..dia macam xkenal dan malas nak tengok aku.. kalau pegang tangan dia, dia macam nak lepas je.. sedih.. sebab dia dh xingat aku.. sedihkan..

Bila dia tengok dengan mata kuyu dia, rasa nak nangis..nak undur balik..nak cakap, janganla xingat kak cik... dia pandai urut..selalu dia urut aku kalau aku sakit sebab bersukan..banyak yang dia share.. aku suka..sebab aku faham ape yang dia cakap walaupun kadang2 slow kadang kuat..kadang dia gelak.. orang lain xfaham kenapa dia gelak..tapi aku faham sebab aku suka mengagak apa yang dia cakap..dan bila tanya balik, betul apa yang aku agak tu,.aku xthu nk kata apa2 dh..aku takut...

Followers